Mac 07, 2023

Rahmat Dengan Ainul Husna Semoga Keduanya Gembira Dan Bahagia Dihari Bahagia Mereka Ini

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء

Salam ceria salam bahagia semua sahabat, yang jauh dan yang dekat.

Saya doakan yang terbaik adalah milik anda selamanya.

Seperti biasa yang selalu saya berpesan, supaya anda sentiasa mendoakan orang lain bahagia dan berjaya dalam kehidupan mereka supaya doa dan harapan itu akan berbalik kepada kita juga.

Kali ini kita masih lagi mengikuti perkembangan acara pernikahan Rahmat Al-Akib dengan pasanganya Ainul Husna.

Hari ini juga majlis persandingan mereka berdua.

Kehadiran orang kampung bergotong royong menyediakan hidangan.

Saudaramara dan penduduk kampung bersama-sama menjayakan majlis.

Pesiapan makan minum untuk tetamu diatur dengan baik dan berjalan lancar.

Makan minum telah disediakan, para jemputan jauh dan dekat telah datang untuk sama-sama menceriakan majlis.

Para tetamu telah mula memenuhi ruagan yang telah disediakan.

Sambil menjamu selera dan beramah mesra. Serta sabar menanti kedatangan pengantin perempuan.

Akhirnya pasangan pengantin hadir dengan wajah berseri-seri. Dinantikan olih Ayah dan Ibu juga sanak saudar.

Raja Sehari hadir dengan megahnya, kami semua mendoakan agar pasangan Raja Sehari kekal bahagia selama-lamanya.


Pengantin Baru Rahmat Aqib Ainul Husna

Lihat lagi episod dibawah







Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!



Mac 05, 2023

Selamat Pengantin Baru Rahmat Sebahagian Daripada Potret Indah Dihari Pernikahan Mereka Di Masjid Keladi Kulim

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء

Salam sejahtera semua, semoga hari ini menjadi hari yang lebih baik dari semalam.

Hari ini hari yang menjadi kenangan indah bagi Rahmad dengan pasanganya.

Semalam mereka diijab kabulkan, hari pernikahan Rahmad. Semoga Ikatan perkahwinan ini akan kekal selamanya.

Selamat Pengantin Baru, berbahagia selalu hendaknya.

Majlis pernikahan dijalankan di Masjid Keladi Kulim

Semoga Kekal Abadi Hingga Keanak Cucu.

Dimeriahkan dengan kehadiran saudara mara.

Semoga Kekal Abadi Hingga Keanak Cucu.

Saudara marapun turut gembira.

Semua mendoakan kebahagian Rahmat..

Kenduri kesyukuran dihari pernikahan

Kehadiran orang kampung bergotong royong menyiapkan makan malam selepas pernikahan.

Kenduri kesyukuran dihari pernikahan

Kehadiran orang kampung bergotong royong menyiapkan makan malam

Kenduri kesyukuran dimalam pernikahan

Kehadiran orang kampung bergotong royong menyiapkan makan malam, tua dan muda sama-sama bergotong royong dan makan, khas makan malam adalah lauk kambing.

Kali ini biar gambar bercerita, sekian jumpa lagi.

wassalam.


Pengantin Baru Rahmat Aqib Ainul Husna

Lihat lagi episod dibawah







Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!



Mac 04, 2023

Menghargai Usia Tersisa Jangan Biarkan Masa Yang Ada Terbiar Berlalu Begitu Saja Lakukan Aktiviti Yang Membanggakan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

جزاكم الله خيراالجزاء

Salam berbahagia, semoga anda baik-baik sahaja dengan rutin harian anda.

Jangan lupa doakan kejayaan orang lain sepaya kejayaan akan tetap menemani langkah kehidupan kita.

Saya berharap dan berdoa agar apa yang anda lakukan akan membuahkan hasil seperti mana yang anda inginkan.

Saya dalam dua hari ini agak sebuk sikit dan keletihan, sibuk bukanlah sedang melakukan atau menguruskan projek juta jutaan.~ tapi sekadar kerja kampung kampung yang kena dilakukan serentak atau lepas satu, satu lagi kerja yang harus dilakukan.

Bulan yang lalu tempat saya dilanda banjir kilat, ada masa banjir kilat merosakan tanaman atau harta benda.

Bagi kediaman orang kampung yang berada dikawasan rendah, banjir kilat akan melampaui ketingian biasa, dan memasuki rumah-rumah penduduk kampung.

Walau pun dalam rumah penduduk kampung tidak mempunyai peralatan berharga bagi pandangan orang yang berada, tetapi bagi penduduk kampung apa saja yang dipandang biasa, itu adalah yang ada dan berharga bagi mereka.

Kediaman saya tidak terlibat dengan banjir kilat kerana terletak ditempat yang agak tinggi, ini adalah kediaman saya dikedah.
Kediaman ini sebenarnya bukanlah satu binaan yang besar cuma bolih dianggap seperti pondok atau sheley diatas bukit.
Kediaman di pontian adalah dikawasan perumahan atau rumah taman kata orang. Samalah seperti rumah ditaman-taman perumahan lainya.

Bagi yang mampu bolih memiliki rumah empat bilik atau tiga bilik atau pun dua bilik. Yang penting ada rumah untuk tempat berlindung dari panas dan hujan. Juga tempat untuk anak-anak membesar.

Bagi yang masih menyewa saya doakan anda akan memiliki rumah sendiri satu hari nanti aaminn. Dalam pada berharap untuk miliki rumah anda seharusnya menumpukan sepenuhnya pemikiran yang anda bolih memiliki rumah satu hari nanti.

Kerana impian yang kuat dan semanggat besar ingin memiliki rumah akan memacu tenaga dalaman bagi merealisasikan impian. Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.! Ini bukan.ungkapan kosong semata.

Pekara yang susah pun bolih kita lakukan jika kita mahu. Yang penting tekat kita kearah cita-cita itu mesti sentiasa ada dalam diri, atau tertanam jauh dihati tidak berbolak balik lagi.

Berbalik kepada masaalah banjir kilat tadi, kediaman saya tidak terlibat seperti penduduk dikawasan rendah, tetapi jambatan saya pula yang roboh sedikit demi sedikit, ini lah projek saya kerana terpaksa membaiki semula.

Seperti kebanyaakan penduduk kampung yang berkeadan biasa-biasa sahaja ini, saya bukan orang luarbiasa! jadi kenalah melakukan sendiri menggunakan tenaga empat kerat.
Memang agak penat, penat sebab berdamping dengan usia lama.

Kebetulan sekarang musim cuti sekolah, saudara mara ramai yang kenduri kendara menyambut menantu. Sedikit sebanyak kita harus terlibat dengan kerja gotongroyong persiapan acara.

Itu semua biasalah bagi kami penduduk kampung, cumanya kita kadang harus melakukan beberapa pekara dalam satu hari, supaya kita tidak tertinggal diantara semua pekara penting tadi.

Dalam bersesak dengan waktu, saya masih melakukan hal lain yang bersangkutan dengan diri saya sendiri.
Kami sempat lagi memanjat bukit bukau untuk melihat panorama alam disamping tersimpan secebis harapan untuk satu projek peribadi.
Jangan jadikan usia sebagai penghalang cita-cita.

Baiklah cukup dulu coretan saya buat kali ini, penjang umur jumpa lagi.

wassalam.







Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!