June 07, 2010

SEMANGATKU

Salam...
Dan selamat malam!
Pejam celik-pejam-celik dah cuti Sekolah lagi. Tak terasa masa begitu pantas beredar.. Ketika cuti-cuti lah yang membuatkan semangatku semakin lemah.. Lemah bukan kerana tak makan tetapi lemah kerana telinga ini selalu banyak makan cakap anak-anak, Asal balik je.. Dady .. dady.. kawan kita pergi Pulau Pinang la dady... best le die.. Kite bila nak pegi jalan-jalan dady..? ha.. macam tu la lebih kurang.! cuma Dady tu tukarkan jadi Pak.. oo Pak! Kita ni dah la tengah kureng OT,.. habis tu cam mane?
Pagi tadi saya ada terbaca dalam Metro, ada cerita tentang penarik kereta dah macam samseng tu, Pasal Penarik kereta ni memang menyakitkan kalau terjadi pada sesiapa pun, Ye.. la.. kan ada dengar main tarik kat tengah jalan, pecah masuk rumah, cabut kunci masa tengah parking la.. macam-macam lagi la.. seolah-olah mereka-mereka ini memang macam samseng! Nak diikutkan memang lah Tuan punya kereta buat salah pasal tidak melunaskan bayaran! Tetapi hendak tarik tu agak-agak la..sikit, jangan la sampai menjatuhkan maruah sesaorang kan?
Biasanya mereka ini berkerja bekumpulan, paling kurang pun tiga orang diketuai sesaorang yang berbadan sedikit besar.. kerana badan besar bolih menakutkan orang. Mungkin sesetengah orang kecut bila lihat manusia yang berbadan 'Besar', walau bagaimana pun kalu dengan saya jangan cari pasal... sebab aku tidak takut sedikit pun dengan orang yang berbadan besar! Betul... aku tidak tipu..! Buat pe aku nak tipu you all semuakan..! ok.. Ada satu cerita tu.. pasal orang tarik kereta.. orang tu memang aku kenal la.. jangan ingat aku bermesatafora lak.. keta aku, aku bayar cash tau! ye la keta KE70.. he..he..
Luka kepala orang tua tu.. kesian aku tenggok! Bukan luka kena ketuk dengan penarik kereta tu.. Tapi luka sebab terantuk entah kat mana semasa sedang tarik menarik kunci kereta dengan samseng tu, kebetulan uncle tu baru sedang berjinak-jinak dengan politik.. ermm... sedikit sebanyak terjatuhlah sedikit darjat dia dimata orang ramai. Dah dapat kunci dihalaunya uncle tu keluar! Mereka pecut bawak lari kereta tu... tinggal lah dia berdiri sambil memegang kepala nya yang sedikit berdarah! Cuba bayangkan tentu malu dengan orang ramaikan? Saya pun tidak tahu nak kata apa la... penarik kereta pun nak nak cari makan juga kan, dia orang pong ade anak bini juge kan? Alahai.. tak tahu lah...
Kalau sesiapa tengah dok cari kerja tu.. tak usahlah mintak keja penarik kereta! Atau jadi Penarik Kereta sebab nya satu saja, kita pernah dengar orang menyupahkan? selalu sesaoarang kena sumpah seranah dari sesaorang, iaitu satu lawan satu.. Tetapi Tukang tarik kereta dapat sumpah seranah dari seluruh ahli keluarga tersebut..! termasuk anak yang kelapan yang masih isap puntung kosong, ye la.. kereta Bapak dia kena tarik! Tak dapek lagi nak pegi relek-relek kat tepi laut macam selalu.. kereta dah tak ada!
ermm... ok lah.
Jumpa lagi, wassalam.

No comments:

Post a Comment

errmm..
~ Yang merah itu saga, yang lorek itu kendi. Yang indah itu bahasa, yang baik itu budi. ~