Assalamualaikum..
Pejam celik pejam celik.. tak terperasn yang saya dok belajar buat Blok ni sudah pun lama jugak dah, iaitu kali pertama saya menulis pada Ahad, 2010 Mei 09, hari ini pulah sudah 24 mei kan? betui la tu.. makna nya dekat setengah bulan saya dok mencuba menyenang kan anda. cewah.. yang benar nya bukan senang oi nak cari idea nak menulis kat sini, tetapi tidak mengapa saya anggap suatu cabaran bagi saya.. sebenar nya dah lama saya dok ingin mempunyai Blog sendiri. Lama dah.. tetapi dengan kesebukan masa kerja, dengan kekurangan ilmu, termasuk juga ilmu batin, maka saya terlambat la nak memBelog ni.
Kat tempat saya membelog ni ramai juga ternet kat sini.. ternet free.! dia orang pun tengah tekun tu buat apa tak tahulah saya. Tengah hari tadi saya bawak anak-anak pi raund kat tepi pantai, saya nampak kita ni kekurangan tempat riadah yang elok sikit, yang ada pun kurang penjagaan.. ada papan permainan dah terjojol sekeru nya. Bahaya tu.. tapi pada siapa kita nak mengadu kan.. kan.. Belum kena depa buat tak tahu ja.. bila dah kena baru nak kelamkabut.
Takkan lah dia orang tak tahu tugas masing-masing kan? Kalau kita komplen kita pulak kena marah.. nanti dikata kita tak pandai jaga alat permainan tu pulak. kalau dah barang tu sememang terdedah dengan hujan panas.. tentulah dia akan rosak.. jadi ambil lah tindakan sebelum terlambat. Mana lah tahu cucu sendiri yang terkena, kan niaya je, sedangkan kita yang bekerja katsitu tidak mahu buat betul-betul.. kalau kena anak cucu ornag lain pun sama lah juga.. kanak-kanak mana diaorang tahu.! Nampak permainan mainla apa lagi, mana tahu ada bahaya kat situ.. Kita orang dewasa mana hendak pergi panjat benda tu semua. emm..
Tak seperti Negara jiran kita tu.. cantik.. canggih.. tak ada karat.. lagi. Walau bagaimanapun Aku bangga jadi Rakyat negara aku ni.. kecik-kecit lagi dah berani tempuh bahaya.. keh..keh.. nanti besar baru jadi orang kuat kan.. seperti selalu kami pergi berridah dekat-dekat saja la.. sebab besok nak keja pulak. Nanti lah kalau dah kaya sikit.. tiap-tiap minggu beriadah kat Genting, baru lah canggih dok?
Biasa tiap Hari Minggu aku bawak anak jalan-jalan walaupun tak jauh.. Budak-budak memang suka kalau kita bawak jalan-jalan. sekurang-kurang nya Happy la sikit nak sekolah besok.. Bapak aku dulu orang Kampung betul.. ko nak jalan pegi la sendiri.. paling-paling pun ajak geng pi dok bekubang kat carok.. la.. memang best gila.. lompat punya lompat, baling punya baling.. balik begadoh. betumbuk.. aku lah yang selalu lanyak diaorangtu.. he.. he.. Bila ingat-ingat zalim betui aku ni.. Aku sedar kesalahan masa dulu bab tu bila Hari Raya aku selalu peluk kekawan lama aku.. Yup.. aku mintak maap banyak kat engkau ye yup.. maap banyak-banyak tau.. Cik Ayub pun dah tak ingat lagi bab lama.. Aku ja rasa bersalah. Aku cuma mintak maaf saja kira borong la.. tak pulak aku nak bagi tahu detail.. buat dia tumbuk aku balik.. ye la nak bayar utang.. Tak larat naik tangga aku dok... Ok lah buat kekawan semua semoga kamu semua berbahagia selalu, maafkan lah aku ye.. dulu lain, sekarang ni cicak pun aku tak bagi anak-anak aku baling suka-suka dengan batu.
kalau jahat sangat makan je cicak tu.. kah.. kah..
Baiklah semoga jumpa lagi besuk ey..
wassalam.
No comments:
Post a Comment
errmm..
~ Yang merah itu saga, yang lorek itu kendi. Yang indah itu bahasa, yang baik itu budi. ~