Showing posts with label respect. Show all posts
Showing posts with label respect. Show all posts

May 24, 2010

Kesempurnaan

Cuaca siang tadi tersangat lah panas nya, sehingga peluh membasahi seluruh badan tak da satu pun yang terlepas dari kena peluh keh.. keh.. dah nama kata kerja, buat saja lah.. Tak lah macam you all yang keje kat opis nun.. kerja gomen lah kata kan.. sesekali masuk bayar bil api atau air, mak datuk sejuk nya penghawa dingin tu sampai menusuk kat tiulang.. atau kerja kat privet sector, kalau masuk fuh.. entah berapa dia punya set air-condition diorang pasang. Macam duduk kat England pulak!
Oh ya Assalamualaikum…
Apa khabar anda hari ini? Bagaimana dengan suasana tempat
kerja ? tension ka kerja yang melambak-lambak tu.. Tak payah lah dok tension-tension sebab kat luar sana tu masih ada orang yang masih memburu kerja. Mungkin belum ada rezki la tu.. jadi lambat sikit nak dapat kerja kan.. Jadi anda yang dah ada kerja tu pandai-pandai lah mebawa diri. Bersyukur dah ada kerja, adjust kan lah supaya tidak menjadi tension.. semua situasi kebanyakan nya bolih kita atasi dengan kebijaksanaan kita mengawal perasaan serta seperti yang buat kat komputer iaitu mengodit ataupun mengedit minda supaya dapat melalui titian penghidupan ini dengan lebih segar dan sempurna.
Jika hendak mengharap kesempurnaan sepanjang masa adalah satu pekara yang agak mustahil. Ingat lah tidak ada saorang pun yang sempurna kat dalam dunia yang fana ini. Teringat saya dengan saorang Raja apabila diasak dengan satu soalan berkenaan dengan pembalakan haram,. Raja tu kata: why you all ask this question? As a human I’m not perfect. You all also not perfect aa? Dengan matanya tajam melirik pemberita tersebut. Agak nya pemberita yang kena tu jadi fobia setengah tahun. kah.. kah.. kah.. kesian pemberita tersebut. emm… pada kita-kita ni kalau sebut Raja tu… alamak.. punya la respect, kekadang tu ada bekata: kalau aku ni Raja bolih la… Jadi anda semua jangan lah terlalu sangat hendak mengharap yang sempurna berlaku didalam hayat anda setiap hari, setiap bulan. apa lagi kita insan biasa ni..
yang paling utama adalah bagaimana kita mengatasi permasaalahan yang mendatang. Contoh nya.. ini contoh saja tau.. Saorang penjual ikan, dah lama jual ikan, untung banyak, untung sikit tu biasalah.. tetapi dua minggu kebelkangan ini rugi banyak sangat.. apa kata tu, untung tipis…. na! aik apa hal ni? Selalu tak macam ni..alkesah, rupa-rupa nya pembekal ada pekerja baru yang menibang sekali dengan air batu.. makna nya kalau nak mengelak dari permasaalahan kita jangan lah serah bulat-bulat atau percaya bulat-bulat kepada individu lain, sekurang-kurang nya selalulah kaji-selidik, teropong-teropong, semak-semak risek-risek bukan tak percaya.. tapi dah memang itu lah tnggungjawab kita untuk mengelak masaalah menjadi lebih besar.. alahai.. cik Kak , cek Abang dalam semua pekara lah ye… ehemm… paham lah.. tak kan saya nak bagitau lugush… bendoi kot… ok. cik Kak cek Abang serta anda muda budiman. Jumpa lagi.. salam hormat.