Showing posts with label keyataan. Show all posts
Showing posts with label keyataan. Show all posts

June 27, 2010

Khairy Cuma Penyibuk - Ibrahim

Encik Khairy Jamaluddin menyifatkan Encik Ibrahim Ali iaitu selaku Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) sebagai jaguh Kampung dan menjadi penghalang kepada semangat 1Malaysia.

Encik Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau sebelum ini telah menyokong kenyataan Datuk Dr. Wee Ka Siong dalam isu biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Encik Khairy juga mendakwa tindaktanduk atau pendekatan yang diambil oleh 'PERKASA' terhadap sesuatu isu merupakan penghalang kepada semangat 1Malaysia.

Dia (En. Khairy mewakili Pegerakan Pemuda Umno) tetap mempertahankan isu yang diketengahkan (isu biasiswa JPA) oleh Datuk Dr. Wee Ka Siong (Ketua Pemuda MCA yang juga Timbalan Menteri Pelajaran) serta turut dilapurkan berkata, pendekatan yang diambil oleh Ahli Parlimen Pasir Mas berkenaan (Ibrahim Ali) sudah ketinggalan zaman dan tidak laku lagi diguna pakai dalam era globalisasi ini.

Encik Ibrahim berkata, Khairy tidak perlu menjadi penyebuk, kerana apa yang dibangkitkan sebelum ini hanya membabitkan Ka Siong yang mempersoalkan hak bumiputra dalam isu biasiswa.
"Kenapa tiba-tiba dia (Khairy) mempertahankan Ka Siong sadangkan jelas pemimpin MCA ini mempertikaikan hak keistimewaan Orang Melayu, kerana saya percaya lapuran akhbar tidak silap.
En. Ibrahim menambah, dimana pendirian Khairy ketika Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, iaitu Datuk Nasir Safar dan bekas Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, iaitu Datuk Ahmad Ismail dihentam hebat kerana membela Melayu?
Beliau (Ibrahim) juga mendakwa Khairy menjadi penyumbang kepada kebencian rakyat terhadap UMNO.
-
Saya ingin menambah jika banyak bilangan manusia seperti En. Khairy yang memimpin serta mewakili Orang Melayu saya percaya tidak lama lagi, Melayu hanya akan tinggal nama saja. Sebab mereka seperti ini hanya mementingkan politik dan menyokong mana-mana pehak sekalipun asalkan cita-cita besar diri sendiri akan dicapai.
Semua orang mahu jawatan besar, pangkat besar tapi, anda sebagai pemimpin yang mewakili orang melayu, dalam pada mengejar pangkat dan jawatan, pikir-pikirkan lah nasib orang melayu..
Jangan dengan sewenang-wenang membiarkan anai-anai merayap sesuka hati, kelak satu rumah akan roboh tanpa disedari.. insaflah, sudah banyak hak orang melayu hilang begitu sahaja! insaflah.. wahai pemimpin Melayu!
-