March 09, 2013

Kembara Mencari Janda.

Assalamualaikum...
Kembara Mencari Janda! Kota Baru ramai janda, oooo.. no! okey mai terus baca apa yang menarik atau yang tertarik! Mula-mula mohon maaf bebanyak kaum Janda semua ye, yelah.. bila saya tulis ada yang terasa.

Ada Janda Muda ada Janda Kaya ada Janda Panas.. Janda Tidur Malam??? yelah kalau sudah malam.. siapa pulak nak celik sampai pagi.. kan, kan..?

Nak dijadikan cerita.. adalah kenal dengan beberapa orang Janda Cantik Molek! maaflah cakap, sebenarnya saya tulis ni tak ada apa-apa pun..

kerja orang tak ade keje.. saja-saja buat nak gempak sikit.. tak ada lebih dari itu pun.. keh. keh. keh.! jangan marah la.. kalau marah cepat merana..?

Macam manapun hidup menjanda ini sangat susah, semua hal keluarga kena buat sendiri. Lebih-lebih lagi yang memang tiada harta apa-apa, rumah pun sewa sahaja.
Samada menjanda kerana suami meninggal atau bercerai, dan hidup mereka akan lebih malang lagi jika tiada pekerjaan yang tetap. Malah kalau yang berkerja terpaksa pula memandu atau menunggang moto dengan jarak yang agak jauh ketempat kerja. Keadaan ini sangat-sangat membebankan kehidupan mereka.

Hal anak-anak yang seramai tiga atau enam orang itu terpaksa diserahkan kepada Abang dan Kakak yang lebih besar dirumah. Memang tidak tentu hala penjagaanya kerana mereka juga masih belum faham kehidupan. Mereka juga sebenarnya masih perlu dijaga. Jadi yang masih kecil yang terbiar sehingga ibu mereka kembali dari tempat kerja.

Mungkin kita sering bersua dengan senyum dan keceriaan mereka, namun keperitan hidup menjanda sangatlah berat dan susah. Andai ada dikalangan kejiranan kita yang menjanda cuba bantu meringankan beban hidup mereka semampu kita. Jika kita memang berkemampuan apasalahnya sedekah sedikit secara tetap setiap bulan, insyaallah mereka akan mendoakan kebahagian hidup anda.

Allah sentiasa nampak apa yang kita lakukan, berikan dengan seiklas hati, jangan risau ada berkatnya sedekah anda! Bayangkan kita yang berkerja bergaji besar ini pun kekadang semput, apa lagi mereka ibu tunggal beranak lima!

okey... okey.. cukup dulu pasal janda, anda bagaimana? harap anda berbahagia ye...

emm.. saya macam biasa juga.. tidak ada apa yang menarik yang berlaku didalam kehidupan saya, cuma usia saja yang semakin meningkat! meningkat dan akan terus naik.. gaji saja yang payah hendak naik.. dalam pada itu, masih lagi buat macam biasa saja.

Yang menariknya saya ada berkenalan dengan gwe Kelate yang come dan sangat menarik perhatian saya. Masaalahnya kami dipisahkan dengan jurang usia yang sangat ketara. Sesekali jalan-jalan cari makan, jadi pandangan orang pulak..!

Setelah saya keluar dari sana dia pun tak bolih tahan.. dia pun keluar kerja kat Melaka, ermm..

So.. ermm... okeh.. tak mau cerita banyak kang kena marahlah pulak..
Bulan sembilan nanti nak pergi Kuala Kerai, ada sahabat hendak bertunang, tapi masih jauh lagi kan...
Pada sahabat tu.. jangan risau nanti aku mesti pergi...

Menara Jam Baru. Berlatarkan Pelangi Mall tempat tinggal saya.



Jabatan Kastam Kelantan.


Sekian. wassalam semoga jumpa lagi.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!




No comments: