December 20, 2012

Minyak Untuk Kehidupan.

Assalamualaikum...

Kelmarin hujan, malam tadi pun hujan lebat... nampaknya hujan sajalah bulan ini.
Walau bagaimanapun cuaca melanda namun projek IDPT berjalan terus.

Pagi tadi mendung.. tiba tengah hari cuaca panas dan terang sedikit. Dapatlah pekerja meneruskan kerja tanpa memikirkan kain dijemuran.. keh. keh..

Kebanyakan pekerja luar datang sini jadi orang bujanglah.. semua kerja rumah kena buat sendiri! termasuklah kerja cuci pakaian sendiri.

Kalau ada kedai dobi kan bagus.. tapi, tak payah tapi.. memang kena buat juga kerja rumah masak memasak bagai...

Okey.. tenang-tenang saja.. hidup memang kena buat banyak pengobanan, kan..? jadi meh tengok sekitar projek.


Sungai buatan yang akan memisahkan tapak perojek dengan daratan.


Mungkin juga sungai ini berfungsi sebagai pagar keselamatan tambahan.


Bahagian bawah atau tapak untuk meletakan tangki-tangki gergsi yang menjadi sebahagian daripada keperluan industri petrolium.


Tangki simpanan minyak sedang dalam pembinaan, berpuluh-puluh tangki seumpama ini akan dibena di-sini.


Gamabran dari dekat, besar bulatan tangki ini dan tebal besi yang digunakan, ini hanya permualaan ketinggianyan akan ditambah setelah kerja mematri bahagian bawah ini selesai.

Okeys...
Semoga jumpa lagi! Sebelum itu mai kita fikirkan bagaimana minyak ini menjadi tersangatlah pentingnya dalam kehidupan kita.

US yang berperang dengan Iraq dulu itu, motif utama hanya minyak Iraq semata-mata! bukanya hendak mendamaikan penduduk Iraq yang bergaduh. ermm.. ini motif US, semua negara didunia tahu, heran lagi sekali, negara besar lain tak bolih buat apa-apa no..

Agak-agak kalaulah minyak yang dilombong sudah habis besok, bolihke ganti minyak kelapa sawit ha..?

Tak usah cuba fikir-fikirkan! ha. ha..
Jumpa lagi, Wassalam.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!




4 comments:

Mommy Pinky said...

dah masuk musim tengkujuh kan ? :)

♥xaturen♥ said...

betul tu... pandai pun. thanks...

Tihara said...

us pun kena banjir jugak kan..
musibah melanda sana sini

♥xaturen♥ said...

negara maju pun, tak bolih lawan bencana alam..