April 20, 2011

Hati Semakin Tidak Keruan.

Aku jadi terkedu sekejap bila mendengarkan panggilan yang cukup sedap aku dengar.. Memang kalau nak dikutkan pangkat.. aku memang layak dipanggil abang lah kan... tapi ini lah dikatakan dari mata turun kehati.. he..he..

Aku rasa sangat gembira dan gemuruh dihati.. bila mendengar suara yang sapaan yang kukira bolih mencairkan segala ego aku ketika itu..!
Sampaikan pertanyaannya pun tidak terjawab olih aku, aku hanya sekadar tersenyum.. tersenyum.. saja, sehingga pandangan nya beralih kelain setelah tiada mendapat jawapan dari aku.

Dia terus berbual dengan nenek aku.. sambil memasuki rumah, untuk sebentar aku tidak menuju masuk kerumah bersama mereka, aku melangkah kearah sepohon kelapa condong disebelah tepi rumah tersebut. Aku menarik nafas panjang sambil mataku melerek kearah sawah yang terbentang luas di kejauhan.

Aku duduk diatas batang kelapa condong tersebut, wajah remaja tadi terus mengusik dihati, suaranya terus kedengaran didalam rumah kerana sibuk bertanya itu dan ini kepada nenek, rasanya nenek pun tak terlayan dengan kerenah manjanya terhadap nenek.

erm.. kulit hitam manis, hidung mancung, rambut sedikit kerinting.. dan tubuhnya tengah naik.. matanya jernih dan bulat macam guli.. aduhh... dah ting tong agaknya aku ni..?

Aku bangun dari situ dan melangkah kearah rumah, niat dihati nak masuk kedalam rumah.. tapi sesampai dipintu.. aku tak jadi masuk kedalam, kerana didalam rumah perbualan mereka ada menyebut nama ku.. dan terdengar sedikit suara gadis manja tersebut berkata.. " ee.. mak ni.. " entah apa yang dibualkan mereka aku tidak berapa dengar kerana nada mereka sengaja diperlahankan.

Lalu kaki melencung kearah jambatan kecil dibelakang rumah menghala kearah sawah, anak anak ikan berenang renang didalam parit dan airnya agak jernih. Laluan titi tersebut seakan digunakan untuk menaiki moto menghala kearah sawah dan menuju kerumah rumah yang jauh jauh ditengah sawah.

"Awat mai sini..?" aku terperanjat dan menoleh kearah suara tersebut! aku masih lagi tidak menjawab pertanyaan nya. Masa mana sidia datang kearah ku pun aku tidak menyedari. Aku menolih menatap wajahnya sekali lalu.. cantik!

Aku menolih sekali lagi dan menatap kearah wajahnya.. dia menunduk memandang kebawah.. aku terus memandang wajahnya, dan berkata..
"Aku saja mai saja.. nak tenggok adik beradik.. bukan ada apa pun..!" suara aku keluar hampir bergetar..
aduh.. aku sendiri tak tahu nak cakap apa, bila berkaadaan begitu.

Kami terdiam seketika, tidak bersuara. Dalam hati aku berkata.. mungkin dia sudah tahu kenapa aku datang kesitu. Mungkin dia juga telah diberitahu terlebih dahulu akan kedatangan aku kerumahnya untuk mencari pasangan hidup ku.

Tiupan angin sawah lembut dan membelai belai kami berdua.. sesekali dia membetulkan rambutnya yang ditiup angain, kami masih membisu lagi.. aku menolih kearahnya, dia seakan membiarkan aku memandang wajahnya sepuas puas hati ku..

Kemudian pusing melangkah kearah rumah dan berkata.. "Mai masuk rumah, tukar baju.. sat lagi kita makan.." dia terus melangkah pergi, sejenak aku merenung kearahnya.. dan perlahan lahan aku mengekurinya memasuki rumah.

Ketika dimuka pintu semua mata memandang kearah kami berdua.. "Ha.. masuk.. masuk pi tukar pakai kain.. mandi dulu awat pi dok kat luar..?" kata mak cik aku.

"Ani... hang pi ambik kain bagi kat abang hang tu.." tambah makcik aku lagi.. aduhh.. aku ketika itu jadi tak tentu arah bila menolih kearahnya dan dia menjeling... "Tak pa lah mak cik.. kejap lagilah saya tukar.." kata ku kembali.

"Hang ni no.. tak besa pun hang mai rumah mak cik no..!" tambah makcik aku lagi.
Ani keluar dari bilik membawa baju dan kain dan menghulurpada ku.. tapi matanya menolih kearah ibunya, dan ibunya menolih kearah nenek.. dan berkata.. "Mak.. kak Rokiah la ni dok buat bendang lagi ka?"

Kak Rokiah tu merujuk nama ibu ku kat rumah.. "Ermm... la ni depa dah tak buat sendiri dah.. depa sewa kat orang.." nenek aku menjawab. "Harap kat Karia.. dia mana nak duduk kampung.. " Karia itu merujuk nama aku.

"Erm.. tak pa lah.. bila kawin besok tak payah lagi dok pi KL lah.. duk kampung saja.. Pak cik kau pun dah tak larat nak buat bendang dah.." eee..mak, takkan sebut sebut kawin ni.. kata hatiku..

Aku jadi gelabah.. mataku melirik lagi gadisku yang sedang sibuk didapur menyediakan makan tengah hari. Tetapi pandagan ku terhalang olih dinding dapur.. sebenarnya mereka tak tahu yang aku ni kalau bolih malam tu juga nak kawin... wakaka...



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!




4 comments:

Anonymous said...

sedap tu memang sedap kalu baca cerita ko ni.... buatkan aku terkenang cerita lama... tapi aku tak puas atilah... ko tak tengok ruangan komen ko ke? ko tak balas pun komen aku... aku nak tgk juga respon ko.. jangan nanti ko kata aku tak masuk blog ko.... ari ari aku masuk.

dyea irdina said...

eh ni ang punya citer benar ke ang tgh buat novel ni...siap ada pokok kelapa n sawah dlm ni..huhuhu

♥xaturen♥ said...

@ononymous:
ye..ke.. kalu sedap tu baguslah..

mulai sekarang jika ada masa saya akan terus menulis seperti itu.. dan maaflah jika tatabahasa lingtang pukang.. mana ada kesilapan sudilah betulkan..
hehe.. terimakasih sebab sudi menjegah kesini..

♥xaturen♥ said...

@dyea irdina:
erm... saya pun tak tau lah.. nak kata novel, jauh sangat! mungkin hikayat alfunah ranah kut.. ho..ho..
thanks!