April 29, 2011

Hampir Saja Aku Melakukanya!

Oh Ani.. kau mengusarkan hatiku.. Apakah kau menangis kerana kasihankan aku, sebab kau tidak dapat menerima diriku ini. Atau kau sudah punya yang lain dan tidak juga mahu melukakan hati kedua ibu bapa seperti mana Fidah pernah lakukan pada aku!

Ani! kau tidak seperti Fidah.. dan kau juga aku harap, kau membenci apa yang ku terima dari Fidah. Dia yang ku sayang dan kupuja membiarkan diriku lemas kesaorangan, meninggalkan aku terkapai kapai ditengah lautan sengsara! dek kerana Fidah tidak mahu melukakan hati insan lain. Insan yang melahir dan membesarkan dia.. Fidah tak mahu megerti aku.

Fidah tidak mahu megerti bagaimana terseksanya jiwa raga ini suatu ketika dulu.. hampir lumpuh segenap sendi, hampir gugur jantung didada, hampir tercabut nyawa dari badan.

Hampir saja aku melakukanya! benar Fidah.. tanpamu disisi tiada erti hidup ku ini! hampir saja aku.. Ya Allah.. kau ampunni dosa ku ini, kerana aku hampir saja melakukan kemurkaan mu!
Ya Allah ampunni lah aku, ketika itu hambamu ini terlalu lemah pemikiran! kerana ketika itu, Fidah lah segalanya dalam hidupku.

Tiada Fidah disisi, bererti seolah tiada upaya untukku meneruskan hidup ini lagi. Begitu lah beban yang ku tanggung! begitu lah sengsara yang aku rasa.. bagaimana payahnya aku hendak memilikimu.. begitu payah juga aku nak melupakan kamu Fidah!

Aku terlalu menyangi dirimu Fidah, sehingga saat dan ketika ini hanya bayanganmu yang bermain dihatiku.
Ani, aku harap kau menangis bukan seperti Fidah. Fidah menangis mohon perpisahan dari ku. Aku mungkin tidak sanggup lagi mendengar kata perpiasahan dari mu pula Ani.

Hidupku tiba tiba menjadi indah setelah menemui kamu Ani, walaupun sesingkat ini aku.. aku tidak mahu secepat ini juga kau mohon perpisahan dariku. aah.. Ani, tidak mungkin kau menangis mohon perpisahan dariku. Ani jangan kau pergi begitu saja.

Sinaran mentari petang mula menampakan cahayanya. Berkilau merah menerjah dicelah celah pepohon bakau diseberang jalan sana. Sesekali kelihatan seperti lampu berkelipan dipuncak pepohon bakau. Suasana petang di Lembah Bujang, Merbuk.

Kelihatan cukup menarik.. inilah kali pertama kujejak kakiku kesini. Indah permai sawah luas terbentang menghijau dipagari pohon bakau disebelah timurnnya. Lembah bujang juga ada kesan kesan sejarahnya. Sungguh mengasyikan sekali.

Aku tidak menjawab pertanyaan Ani.. suasana hening lagi.. kami berdua mendiamkan diri untuk seketika. "Abang.. kenapa sebelum ini kita tidak pernah berjumpa" tiba tiba Ani bersuara. Aku merenung kearah Ani, dia menegakan pandagannya kembali kehadapan.

Dia memandang jauh, seolah olah sedang memikirkan sesuatu. Apakah yang sedang difikirkan Ani? Apakah sedang memikirkan cara yang terbaik untuk menolak kehadiran aku! Tidak sudikah dia menerima ku?

Jika seandainya Ani menolak kasih sayangku.. aku relakan tidak mengapa, kerana ku tahu kita hanya merancang susuatu tetapi yang menentukan seterusnya bukanlah kekuasaan kita.

Ani kau tidak perlulah membebankan dirimu hanya semata mata takut aku berkecil hati, tak perlu lah Ani! Tidak perlulah kau memikirkan diriku ini jika kau sudah berpunya. Hanya keluarga mu sahaja yang tidak mengetahui pekara sebenar.

Ye lah kekadang cinta kita dengan kekasih tidak diketahui keluarga, kerana kita sering kali berahsia dalam hal cinta dengan keluarga. Dalam keadaan begitu kau ditentukan untuk aku, sedangkan kekasih mu belum bersedia menjemput mu.

Jika demikian renungan mu, jika itu yang merungsingkan kamu, tak perlu Ani.. tak perlu, tidak perlu kau bebankan dirimu.

Kerana aku amat memahami jiwa orang berkasih sayang, kerana aku pernah melalui itu semua! jiwa orang bercinta akan parah dan amat sengsara bila mereka dipisahkan.

Aku pernah ditinggalkan olih orang yang aku amat sayang, ya.. Fidah sudahpun tinggalkan aku, Fidah telahpun kecewakan aku.

Jadi jika kali ini perpisahan lagi bakal terjadi antara kita Ani.. tidak perlulah kau risaukan. Tidak perlulah kau fikirkan bagaiman jadinya diriku nanti! Tahulah aku membawa diri ini.. kau teruskanlah dengan perjalanan hidupmu mengikut haluan mu sendiri.

Jika benar demikian, aku lah orang yang mendoakan kebahagian mu. Andainya kau tahu aku mencintai mu sekalipun, itu semua tidak penting lagi.. yang penting kau berbahagia dengan pilihanmu. Aku hanya hadir tanpa kau duga.

"Entahlah Ani.. mungkin kita dipertemukan kemudian berpisah!" kata ku sambil cuba meneka kerungsingannya. Pada aku dia berbelah bagi antara permintaan keluarga dan kehendaknya sendiri.

Ani pantas menolih kearahku "Eh.. Abang ni, apa yang Abang cakap ni?". Kulihat mukanya berubah, Ani memandang kearah adiknya yang sedang bermain dibawah pokok. Seketika memandang ku kembali, direnungnya pada ku.

"Abang.. jika Abang kemari hanya sekadar memenuhi permintaan keluarga, Abang tak perlu pilih Ani" kata Ani perlahan, Ani tunduk sambil kakinya terus bermain-main diatas tanah, kemudian memandang dengan renungan sayu kehadapan. Angin petang masih lagi membelai-belai rambut Ani.

Aku jadi tergamam dengan kata katanya. Tidakah Ani tahu yang aku sebenarnya suka dengan dirinya. "Betul lah bang.. kita hanya sebentar bertemu! jika apa-apa pun keputusan Abang, Ani tetap terima.."

"Ani pun tahu siapa diri Ani" Ani menambah kata lagi. Kali ini suaranya bergetar dan hampir tidak kedengaran.
Ani menarik nafas panjang, dia tak dapat lagi menahan air matanya yang mengalir di pipi.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!




5 comments:

Anonymous said...

aku sentiasa masuk.... x de apa nak komen.....

dyea irdina said...

ani..fidah..ani...fidah....dik klu ko ada awek bebetul jgn la ko duk cerita pasal awek lama je tau nanti jeles dia

♥xaturen♥ said...

@Anonymous
ye.. ke? tak pe.. jangan tak baca tau penat je ku tulis!

@dyea irdina
ok..ok.. awek.? awek kelate.

Anonymous said...

tgk..... aku masuk lg... ko x update pun.... pkl 1.20 pg dh....

♥xaturen♥ said...

Terima kasih,
sila datang lagi, panjang lagi ceritanya tau...

hebat bro! sokong kawan.. he.. he..