April 26, 2011

Aku Betul Gila Dengan Kamu.

Suasana petang itu agak cerah sesekali angin bertiup kencang sehingga pelepah kelapa kering gugur kebumi. Lamunan ku terhenti seketika. Aku membetulkan duduk aku dikerusi panjang dibawah rumah.

Suasana hening.. tiada suara yang kedegaran dari atas rumah. Hanya kedengaran sayup sayup ditengah sawah kicauan burung wakwak becuk memanggil pasangan. Atau gembira mendapat makanan.

Entahlah aku tak mengerti bahasa burung! sama sahaja bunyinya.. iramanya.. mungkin juga siibu burung sibuk mengajar anaknya menangkap anak anak ikan dipetak sawah!

Aku memasang telinga mengamati kalau kalau ku dengar suara Ani dan Adiknya diatas rumah. Tapi tak terdengar juga sebarang suara. Aku jadi tak senang duduk.. mungkin Ani.. ahh.. tak mungkin! aku tahu Ani juga sudah suka dengan aku, kerana dari tuturkata dan senyuman dia tentu suka juga dengan aku.

Barang kali Ani masih berada didalam bilik bersiap siap untuk bertemu dengan aku dibawah rumah ini. Aku cuba amankan diri.. mungkin sebentar lagi Ani pasti turun juga kebawah.

Entah kenapa hati ini masih menyimpan rindu pada Faridah.. bagaimana gugupnya aku untuk memulakan bicara apabila bertemu dengan Fidah.. Fidah.. buat muka selemba bila kesempatan bertemu dengan ku! itu yang membuat aku payah untuk memulakan kata.

Tapi kerana hati sudah terpikat aku cuba dan terus mencuba, sehinggalah tiba satu hari yang benar benar telah memehak kepadaku, dan Fidah secara rasminya telah menjadi buah hatiku, kekasihku dan cinta hatiku! itulah pertama kali aku rasakan duniaku sentiasa ceria dan gembira.

Hari yang ku kira telah menjadi satu sejarah paling manis dalam hidupku! Seperti rancangan yang selalu kubuat untuk memikat mu, kesempatan pada hari keramaian majlis perkahwinan dikampung kami, tidak ku lepas begitu saja.

Aku ketika itu seperti biasa sentiasa mengintai kamu.. aku betul gila dengan kamu, telah puas kufikirkan bagaimana caranya hari itu untuk ku mendekatkan diri dan memastikan kamu biasa dengan aku. Dari situ nanti dapatlah aku meluahkan isi hati ku ini.

Dalam kesebukan aku ditugaskan mengendalikan tempat air bersama dua lagi rakanku, mata ku sentisa mencari cari kelibatmu jika sebentar kau tiada dalam pandaganku.. aku tahu kau juga sibuk mengendalikan hidangan didalam rumah.. hari itu hari keramaian kau mengenakan sepasang baju yang cantik dan sepadan dengan kamu, makin cantik dan berseri seri pada pandanganku.

Seperti yang diduga.. sidia datang dengan kedua tanganya membawa dua bekas air, menapak terus kearah tempat aku menyediakan air, aduh.. berdebar debar rasa hati.. "bertenang! hari ini hari yang menentukan samada aku berjaya atau tidak!" bisik hati ku.

Bejayakah aku memiliki kamu! Gagal lagikah aku untuk meluahkan isi hati!
Semua soalan berkumpul dikepala.. kau lantas meletakan bekas air itu diatas meja dihadapan ku. Tanpa berlengah aku terus menuangkan kan air oren kedalam bekas tersebut.

Aku cuba mengawal diri supaya tidak melakukan apa apa yang bolih merosakan rangcangan aku. "Err.. nak air oren saja atau nak air bandung juga" aku cuba memerankap sidia. Aku tak pasti adakah hari ini hari yang dapat melaksanakan rangcagan aku.

Aku menolih sekali imbas kearah wajanya dia tersenyum mesra.. lalu aku mengisi satu bekas lagi dengan air bandung. Kerana katanya eluk dihidang dua jenis air pada tetamunya. "Siti ada kat atas dia memembungkus kuih dengan Eton" Fidah menjawab tenang bila kutanyakan sahabat kami Siti.

"Kenapa nak jumpa Siti ka?" tambahnya lagi.. aduh.. kenapa aku bolih bertanya macam itu!

Aku cuba bergurau, dengan mengatakan semua air kat situ percuma hanya khas untuk dia saja, orang lain kena bayar! Nampaknya menjadi juga gurauanku.. dia ketawa mesra.

Aku tersenyum puas, puas kerana berbalas kata dengan kamu.
"Fidah.. cantik sungguh kamu ini, aku bahagia mendengar ketawa mu" Aku memandang mu yang berlalu pergi, seperti kau tahu aku masih memerhati mu, kau menolih dan berkata.. "Nanti kalau jumpa Siti saya beritahu dia ye..". "Err.. tak payah, tak payah.." kataku cepat tanpa berfikir lagi.

"hai.. sampai bercakap sorang sorang ni pasai apa pulak ni?" kata Ani menghampiri tempat aku duduk. "Nenek pi mana?" tanyaku walaupun ku tahu Nenek sudah pergi memancing dengan Makcik ku ditengah sawah.

Aku cuba menyembunyikan rasa terperanjatku kerana tanpa kusedari dia sudah berada berhampiranku. Kata nenek dia sudah lama tidak makan ikan puyu bendang! Bapa Ani pun sudah pergi kesurau dikampung, katanya ada kumpulan kat surau.

Walaupun pada sebenarnya mereka telah merancangkan pertemuan kami seolah-olah suaikenal antara kami, besarlah harapan mereka supaya kami sesuai untuk dijodohkan.

"Ah.. Ani, kau tidak seperti Fidah, lain sekali cara perkenalan ku antara kamu berdua. Namun yang pasti aku telah kehilangan Fidah tersayang.
Apakah Ani bolih menganti Fidah? Apakah Ani setabah Fidah?

"Kak Ani.. Kak Ani.. kat mana kak?" kami berdua menolih kearah suara kecil itu. Adik Din datang dan duduk disebelah aku. Kami bertiga duduk disitu menghadap kejalan besar dihadapan.

Aku dan Ani duduk diantara adiknya. Suasana hening seketika, kulihat Ani memandang tegak kehadapan, rambutnya tak henti henti dialun angin petang. Sesekali Ani membetulkan rambutnya yang jatuh dipipi.

Ani.. kau cantik, tapi tidak seperti Fidah. Ani.. matamu, rambutmu semua kupandang sangat menyenangkan. Tiada apa kurangnya kamu dibandingkan dengan Fidah.

"Dah dapat apa yang Abang cari?" tiba-tiba Ani bersuara. Dia menolih kearahku sambil menghadiahkan senyuman yang manja dan ceria.

Lalu dia berpaling memandang kearah adiknya dan berkata "Ye lah.. kata Mak, abang datang nak cari orang yang sesuai" seketika adik nya bangun lalu pergi bermain tidak jauh dari kami. Kami berdua memerhati Adik Din bermain sesuatu dibawah pokok sana.

"Kalau Abang nak.. nanti Ani temukan Abang dengan kawan Ani yang kat rumah sebelah sana tu!" kata Ani dengan nada perlahan dan menundukan mukanya kebawah. Kakinya menguis-guis diatas tanah.

"Tak perlu lah Ani.. orang yang abang cari dah ada pun kat depan mata" kata ku terus terang. "Siapa..?" katanya sambil mejeling manja kearah ku, seolah olah tidak memahami.

Ani memakai baju T juga tapi kali ini bercorak dan bertulisan 'Langkawi' bersama kain batik agak baru.

"Ani tak kesah macam mana pun orangnya, janji orangnya sayang dan setia dengan Ani cukuplah" begitulah kata Ani bila ku tanya bagaimana kah pilihan hatinya.

Aku memandang kearahnya, dari atas kebawah.. cukuplah.. aku memang sudah suka dan sayang dengan kamu Ani.. kata ku dalam hati. Ani masih lagi memandang ke bawah..

"Abang.. betulka apa yang emak cakap pada Ani tu..?" Ani bersuara dan perlahan lahan menolih kearahku.. matanya mengenang dengan air mata! Ani hampir menangis.

Ani kenapa kau menangis? Jangan kau menangis Ani! jangan kau menangis sepertimana Fidah. Fidah juga pernah menangis seperti ini, ketika malam perpisahan itu. Kenapa pula kau hendak menangis diketika pertemuan kita ini?



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!




5 comments:

Anonymous said...

sejenak mimpi menjadi nyata,
mengimbau kasih terasa hiba,kasih lama sekelumit cuma,kasi baru jindah terasa.....
kalau boleh gunakan bahasa gurindam baru power.... teknik sorot kembali letakkan ditempat yang jelas untok bezakan antara ani dan faridah.... nanti buat pangalaman misteri... jangan pakai xaturen...pakai laluan pelancungan rating cepat naik....

♥xaturen♥ said...

aaceh..ceh..! tak sangka, pandai bergurindam pulak tu cek Abang kita ni..!

semoga cik abang senang disini ye!
tima kasih.

Foster said...

Saya suka entry anda, wah. Menarik tertarik kau memang debom. Ani& Faridah, Beda nama, beda cantik, berbeda beda. Di mana ada wanita di situ kau berbahasa eh, tidak mengapa, laki-laki selalunya begitu. Tak semua laki tapi selalu.

"Apakah Ani boleh mengantikan Fidah?"
Jangan di tanya begitu, walaupun dalam benak hati. Tidak-tidak. Anggaplah ianya lumrah alam. yang sudah itu sudah. yang akan itu akan. Setankan soal fidah, fokus pada satu. Ani. biar pun ani tidak tabah, tidak berapa cantik. tapi itu semua soal hati, soal perasaan. Tiada siapa pun mengerti bila persoalan ini terjadi. walaupun si ani bertanya pada kau. bolehkah kau berkata sedemikian? tidak, tidak dan tidak. dan kau akan tergamam bila persoalan itu muncul.

Sudahlah si 'aku'. Cinta & sayang itu adalah seperti satu benda yang tidak boleh di ungkapkan dengan kata-kata. Hanya orang-orang di sekeliling kita yang tahu betapa cinta kau padanya.

Keep up a good work! i'll follow you.

dyea irdina said...

datang tgk ani selepas sekian lama tak update n BW....hero2 deman daaa

♥xaturen♥ said...

@Foster
Terima kasih..
Tak punya asas penulisan pun! sekadar menulis saja.. menghibur hati sendiri, harap yang sudi datang kemari pun terhibur juga.


@dyea irdina
Selamat datang!
Tak mengapa, sekejap lagi semua akan sembuh.. Amin..