July 29, 2010

Waspada E-mel Palsu Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Assalamualaikum.
Moga anda sihat dan
ceria di-samping orang-orang yang tersayang.. ooyey..
Saya seperti semalam, setia.. merindui sang bulan yang entah kemana menghilang..
kian lama, kian parah rasa rindu ini.. titisan air mata, tiada terhitung lagi.. adeeehhh... ape ke bende ni xaturen..? aduuhhh.. nak buat mukadimah le ni.. hehe..

ermm.. hari ni nak cerita sikit pasal e-mail palsu, dah berbagai macam e mail yang saya dapat.
tetiba kuar kat surat khabar cerita pasal ini.. so saya nak nak bagi tahu la sesikit kat you'll yang memang dah tahu kut.. hehe.. cerita nya cam ni.. ermm..
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengingatkan orang ramai supaya berwaspada dengan e-mel palsu,  menerusi e-mel palsu itu, orang ramai terdedah kepada perbuatan mencuri e-identiti atau phishing, menyebabkan maklumat kewangan peribadi mereka jatuh ke tangan pihak tidak sewajarnya.
Mangsa akan menerima e-mel tidak diundang (spam), kononnya daripada LHDN, yang mengatakan mereka berhak mendapatkan pengembalian wang berjumlah RM700.
Mereka kemudian diminta mengklik logo sebuah bank tempatan yang disediakan di laman web palsu LHDN untuk meneruskan proses selanjutnya. Jika arahan ini diikuti, mereka tanpa menyedarinya akan mendedahkan maklumat kewangan peribadi mereka!

Dalam e-mail palsu itu disertakan link, link ini jika perhatikan betul-betul dia akan membawa kita ke Web luar Negara bukan ke LHDH..!
halakan cursors ke Click Here  URL nya seperti ini [ http://geotech02.demon.co.uk/h ]
alamat URL yang sebenar LHDN adalah seperti ini [ http://www.hasil.gov.my/lhdnv3/ ]
Pehak tidak bertanggungjawap telah mengambil kesepantan dari langkah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengembalikan lebihan bayaran cukai ketika ini.
Jadi berhati-hati selalu.. jangan kita layan e-mail ni.. nak test-test pun tak payah!
Kecuali anda tidak pernah mebuat bayaran kepada LHDN, hehe.. alaa.. tak yah try le.. delete saja!
Ramai yang terkena disebabkan mereka sangat busy.. sehingga lupa memastikan laman web itu betul ke palsu! Setelah klik pada Click Here laman web palsu LHDN akan muncul, untuk meneruskan proses selanjutnya. Jika arahan ini diikuti, kita tanpa menyedarinya akan mendedahkan maklumat kewangan peribadi kita,..

Kita boleh mengaktifkan spam e-mel kita, agar kita tidak menerima e-mail yang cam tu lagi.. dan memastikan segala transaksi yang dilakukan melalui perbankan internet menggunakan laman web yang sebenar.

Ada kalanya e-mail palsu ini menggunakan nama bank-bank tempatan untuk mengelirukan kita, untuk mencuri maklumat keuwagan kita! jika terdapat e-mail cam tu.. silalah tanya dulu dengan bank kita tu..

link untuk ke SKMM
http://www.skmm.gov.my/antiphishing/
Sebarang aduan boleh kita lakukan dengan melayari laman web SKMM di www.skmm.gov.my/antiphising.
p/s.  moga sesuai.... salah silap sila tambah!



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!




4 comments:

Affan Ruslan said...

siot, LHDN pun ada org nk buat gak. huhuh

♥xaturen♥ said...

Memang sesetengah orang asal ada peluang, nak menipu duit orang saja!

@Affan Ruslan:
Mana dia nak kira!..
kesian kalu dah kena, duit lesap, tanya bank? bank tak mau tolong oi..!

Mr. Asada said...

pehh.. siap dengan LHDN diorang guna sekali. hahaha.. adoi2..

berhati2 dan berwaspada sebelum kena. kena tanya orang kaunter pertanyaan LHDN dlu ni. hihi..

♥xaturen♥ said...

bagi yang banyak duit kat bank tu, buka lah dua tiga account bank, kalu satu kecurian masih ada bank lain lagi. orang menipu ni bebagai cara!

@ASaDa RyuntaRo:
Biasanya e-mail luar negara.. tapi diaorang pasang kaki kat sini..juga.