July 08, 2010

Batu Belah Batu Bertangkup.

Batu Belah Batu Bertangkup!
ini lah dia saya punya.. apa tu... erm.. itulah...
dibawah nama xaturen tu.. bukan ape cuma nak tiru macam blog-blog len ge yang ada macam tu..!
wahai batu belah batu bertangkup! makan lah aku,.. aku kempunan telur tebakul..
lebih kurang macam tu lah dialog cerita dulu-dulu tu..

Sementara dok membelek surat khabar.. Utusan, kan ada selogan: Penyebar Fikiran Rakyat. kan? so belog saya pun mesti ada cam tu ge kan.. kan..
ada la dua tiga cadangan yang tertimbul kat kepala ni.. ni saya nak pi bagi tau juge dok malu apa... you all pun bukan kenal I ni sape kan? yang ada tu cuma avatar saje tau.. ish.. ish.. jangan pula dok jeling je kat avatar saya tu.. dia tak tau apa-apa pun.. ni ha,.. cik abg ni ha, yang duk tulis ni punya kerja..

Dia ne.. pemalu skeq.. maklum le... nak kata hensome sangat tu.. idak le.. tapi kalu setakat nak jatuh hati tu senang-senang le sesangat... kui..3x lagi pun dia ni dah kawin... so tak payah lah dok pamer lagi.. kan.. kan.. cuma hayati saja akan tulisan yang serba indah berseri ini... erm.. berbalik idea tu... salah satu nya ialah: Penantian Serba Gersang! hiss.. apa punya idea tu.. macam tajuk novel pulak ey.. sebab ada gersang gersang tu..

Last-last saya pilih , Batu Belah... Batu Betanggkup! walaupun saya sendiri tidak tahu maksud yang tersurat dan tersirat... kat situ, mungkin sebab batu..!
batu ni benda keras..
Kalu orang kata "hati batu" maksudnya orang yg keras hatinya!
"kepala batu" makna nya org yang keras kepala, tak makan nasihat dan sebagainya!
"membatu" bawa maksud, sesaorang yang buat bodooo.. je!
Biar orang nak kata kat dia ke.. ngumpat kat dia ke, dengki kat dia ka.., dia buat do no.. saja, paling-paling dia kata' suka hati dia orang lah, asal dia orang bahagia.. buat la..,
Jadi,.. Batu Belah, Batu Bertangkup, ni tak tahu pulak! adalah mungkin hanya sekadar hiasan sahaja,.. macam hiasan mee segera tu.
Ok lah dah makin jauh meraban ni... makasih...!

Piala Dunia 2010 Afrika Selatan.
Separuh Akhir, pasukan Jerman akan berlawan dengan pasukan Spanyol.
Bingtang tengah Spanyol, Xavi berharap Sepanyol dapat kembali mempamirkan permainan cantik selepas gagal menyerlahkan gaya sebenar dalam perlawanan awal.

JOACHIM LOEW - Jurulatih Jerman,
berkata "Pasukan Spanyol hampir tidak melakukan sebarang kesilapan setakat ini, jadi adalah tugas kami untuk memaksa mereka membuat silap"

"Saya berasa amat kagum dengan wajah baru pasukan Jerman, mereka beraksi dengan corak permainan yang lebih pantas dan segar. Gabungan muka lama dengan baru menghasilkan satu ramuan yang cukup hebat" begitulah kata-kata
Jurulatih Sepanyol - VICENTE DEL BOSQUE,

so sama-sama lah kita tunggu keputusannya nanti, perlawanan akan diadakan esok lebihkurang kul 2.30 pagi.. di Stadium Moses Mabhida, Durban,.. Pengadil dari Hungary: Victor Kassai.

erm.. team mana pilihan you'll? adakah Jerman yang berangking enam dunia, atau Spanyol yang berangking dua dunia?
Saya Jerman..!



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!




3 comments:

Nina Nurziana said...

Bila si German bermain gaya Spain...
hancur jadinya....


:((

Yuni Aisyah said...

oh.itu al-kisahnya Xaturen..hehe..

go spain...!!

♥xaturen♥ said...

start pagi tadi air mata membasahi pipi...! sedih! my favorite team! ooh noo! memang gurita tu nak kena masak asam, nanti dia!

tp macam dok kata... bola tu bulat.. kan.. kan..! apa nak buat. tenang je!


p/s,.. thanks a lot! my dear.