June 05, 2010

Orang Tersayang.

Salam.
Serta salam sejahtera semua, bagaimana dengan percutian anda semua? erm.. besok ada lagi satu hari lagi yang bolih dimenafaatkan sebagai hari riadah bersama keluarga tersayang! Hari Sabtu saya tidak kemana-mana hanya berkunjung ke rumah Pengantin disekitar daerah saya. Sebenarnaya ada tiga jemputan yang saya dijemput. Tetapi olih kerana kenderaan saya buat hal, terpaksalah saya batalkan keJemputan tersebut.

Cuaca disini agak kurang memuaskan bagi pehak Tuan Rumah! Ini kerana kedua-dua Jemputan yang saya hadiri disambut dengan hujan yang tidak menentu, sekejap reda sedikit.. kemudian hujan semula dengan agak lebat. Masing-masing berselindung dibawah khemah untuk jamuan, suasana agak sesak! disebabkan tetamu tertumpu hanya pada tempat yang terlindung dari hujan. Walaupun demikian ia memberi sedikit kelebihan kepada pasangan pengantin.! Ye..la, setiap yang berlaku itu mempuyai serbu rahmat bagi orang-orang yang mengerti dan bersukur, betul tak...?
Kanak-kanak, mungkin dari kampung yang sama, kelihatan kesejukan, mereka berkumpulan meredah gerimis dan hujan disekeliling kawasan rumah pengantin. Mana yang berbedak, gincu habislah... cair la.. agaknya!

Rasa ralat juga sebab tidak dapat memenuhi jemputan yang lagi satu, keadaan hujan membuatkan masaalah kenderaan saya tidak dapat disengarakan! Memikirkan jarak destinasi jemputan jauh, dengan melalui jalan pedalaman saya tidak sanggup meminjam kenderaan kekawan yang lain. Saya khuatir sukar untuk menjaganya didalam cuaca yang begini! Walaubagaimanapun saya telah menalipon Adik kepada tuan rumah memberitahu keadaan yang saya alami.
Besuk tentunya saya terperap lagi dirumah! Anak-anak dah merunggut tidak dapat kemana-mana, saya diamkan saja.. sebab kalau dilayan makin banyak nak kena jawab, ok.. erm.. besok masih ada Jemputan yang kena hadir.. tetapi tidak jadi masaalah kerana berdekatan dengan kawasan kediaman saya, naik motosikal pun bolih.

Harap cuaca bertambah baik besok. Kasian dengan tunah rumah.. risau takut banyak makanan yang kena buang! Kalau dah banyak tiada siapa terlarat nak makan! Ok.. cukupla dulu catatan hari ini..! oh ya 12/06/2010 saya terima jemputan yang paling jauh.. nun.. hampir 600 kilometer disana! Kakak sendiri hendak bermenantu! So tepuk dahi tanya kereta.. larat ke ko nak golek tayar ko.?
erm.. tidak mengapalah nanti saya fikirkan.
salam 1MALAYSIA!



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!




2 comments:

hans said...

heheheh
apa2pun skrg memang musim kahwin
penat den makan
hahaha

♥xaturen♥ said...

Jika kita-kita g jemputan, kalu kena hari hujan.. ceriakan sikit wajah tu..kan, apa lagi kalau berhadapan tuan umah, sebab kesian kat tuan umah.. beritahu yg kita gembira kat situ.., hans TQ so.. much.